Honda Insight
Honda Insight

Honda Insight

Honda Insight merupakan kereta hibrid keluaran Honda serta merupakan kereta pengeluaran pertama yang menampilkan sistem Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda. Generasi pertama Insight dikeluarkan dari tahun 1999 sehingga 2006 sebagai model hatchback 3 pintu.[1][2]Honda memperkenalkan Insight generasi kedua di pasaran tempatan Jepun pada Februari 2009. Kereta tersebut mula dijual di Malaysia pada 2 Disember 2009 semasa Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010. Dengan harga serendah RM98,000 termasuk insurans, Honda Insight menjadi kereta hibrid mampu milik pertama dengan harga di bawah RM100,000. Harganya cuma RM7,520 lebih mahal daripada model premium Honda City. Adalah dilaporkan bahawa Honda Malaysia sudah menerima beberapa ratus tempahan model berkenaan sebelum ia mula dilancarkan.[3][4]Honda Insight yang merupakan kereta hibrid petrol paling murah dalam pasaran buat masa ini telah menjadi kereta terlaris di Jepun pada April 2009; pertama kali sesebuah model kereta hibrid menduduki senarai teratas.[5] Semasa 12 bulan pertama sejak ia mula diperkenalkan di pasaran Jepun, Insight generasi kedua sudah terjual sebanyak 143,015 unit di seluruh dunia.[6]

Honda Insight

Pemasangan Suzuka, Mie, Jepun
Tahun model 2000–2006
2010–
Pengilang Honda
Pengeluaran 1999–2006
2008–sekarang
Stail badan Hatchback 3 pintu (2000–2006)
Hatchback 5 pintu (2010–sekarang)
Reka letak FF
Kelas Kereta subpadat (2000–2006)
Kereta padat (2010–sekarang)

Rujukan

WikiPedia: Honda Insight http://autospeed.com/cms/A_110187/article.html http://www.autoweek.com/apps/pbcs.dll/article?AID=... http://www.businessweek.com/news/2010-03-18/honda-... http://www.caranddriver.com/features/09q3/the_trut... http://reviews.cnet.com/8301-13746_7-10056658-48.h... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune_arc... http://www.detnews.com/article/20090511/AUTO01/905... http://automobiles.honda.com/insight-hybrid/blogde... http://corporate.honda.com/GovRelations_DCTM/Press... http://world.honda.com/news/2009/4090218Hybrid-Veh...